At Yuniza Management, our clients are inclusive of:
1. Business Owner
2. Enterprise
3. Partnership
4. Limited Liability Partnership
5. Sdn Bhd
6. Society
7. Association
8. Government Agency

Our services are:
1. P & L Account
2. Accounting
3. Tax
4. GST & Myob Training
5. Bookkeeping Training
6. Cashflow Training
7. Documents Management
8. Cashflow & Loan Management

Our Accounting products are:
1. Bookkeeping - Monthly, Quarterly, Half yearly, Yearly
2. Management Account
3. Full set of Accounts

Our other business support:
1. External Accountant
2. Accounting consultancy
3. Bank reconciliation
4. Virtual Office facilities

Our product:
1. Myob Accounting Software

CONTENT

TAX (12) ACCOUNT (4) ABOUT (2) INSIGHT (2) SECRETARIAL (2) SERVICES (2) WELL WISHES (2) GST (1) RENUNGAN (1) THANKS (1) VACANCY (1) myob (1)

Saturday 7 January 2012

PERKHIDMATAN KAMI


KHIDMAT PERAKAUNAN

Kami menyediakan khidmat perakaunan kepada individu-individu, syarikat-syarikat enterprise, sdn bhd, persatuan-persatuan dan lain-lain SME (Small Medium Enterprise) yang memerlukan Laporan Penyata Kewangan yang sempurna dan lengkap untuk tujuan perniagaan. Semua rekod-rekod perakaunan diselenggarakan menggunakan Sistem Perakaunan Berkomputer dan mematuhi standard perakaunan yang diluluskan. Kami menyediakan bagi pihak pelanggan laporan pengurusan yang lengkap secara bulanan, suku tahun atau tahunan mengikut kehendak pelanggan. Bagaimanapun kami sentiasa menasihatkan para pelanggan untuk mengemaskini akaun secara bulanan bagi memastikan tiada dokumen yang tercicir terutamanya dari segi pembayaran perbelanjaan. Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan:

1. Khidmat Pengurusan Data Perakaunan

Kami memasukkan semua data-data perakaunan ke dalam Akaun Penghutang, Akaun Pemiutang dan Lejer Am. Ini termasuklah data-data berkaitan Invois Jualan, Invois Pembekal, Jurnal Pembayaran, Jurnal Kutipan dan Jurnal Am.

2. Laporan Kewangan

Kami juga menyediakan Laporan Kewangan untuk pelanggan. Ianya termasuklah Imbangan Duga, Akaun Untung Dan Rugi dan juga Kunci Kira-Kira dalam format Excel. Di atas permintaan pelanggan, kami juga menyediakan Nota kepada Akaun untuk memberi penerangan lengkap tapi ringkas dan mudah difahami terutamanya berhubung dengan kedudukan harta dan tanggungan syarikat pada setiap tempoh kewangan berakhir.

3. Pengumpulan Dan Pengurusan Data

Ini adalah untuk data yang bersifat bukan kewangan. Sebagai contoh, mengenalpasti, mengasing dan mengumpul dokumen-dokumen kewangan, mengumpul data soalselidik, mengumpul data pengiraan stok, dan pelbagai lagi yang diperlukan oleh pelanggan. Ini termasuklah khidmat menaip data secara berkomputer dalam format Word, Excel dan menyediakan laporan yang berkaitan, mengikut kehendak pelanggan.

4. Aktiviti Audit dan Perundingan

Aktiviti audit ini termasuklah memeriksa, menganalisa dan menilai secara berterusan dan sistematik ke atas rekod kewangan dan operasi, aktiviti pentadbiran syarikat bagi menentukan sama ada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi. Khidmat perundingan akan diberikan berdasarkan keputusan dari aktiviti audit tersebut.

5. Akitiviti Percukaian dan Perundingan

Aktiviti percukaian ini termasuklah mengenalpasti dan mengumpul data yang berkaitan dengan Cukai dan seterusnya membuat pengiraan cukai pendapatan mengikut garis panduan yang telah diberikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Khidmat perundingan akan diberikan berdasarkan garis panduan yang tersebut. Kami sentiasa menggalakkan pelanggan kami terutamanya inidividu-individu yang telah membuat Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) secara bulanan, untuk melaksanakan pemfailan cukai. Ini kerana ada kebarangkalian jumlah PCB yang telah dipotong melebihi jumlah yang dikenakan cukai pada tahun taksiran tersebut. Sekiranya ini berlaku individu terbabit layak mendapat pulangan sejumlah wang yang telah terlebih dipotong tersebut.

6. Perundingan Pengurusan Perniagaan

Sekiranya anda belum mendaftarkan perniagaan anda, kami juga ada menawarkan khidmat pendaftaran perniagaan. Selain itu kami juga menawarkan khidmat setiausaha syarikat dan pengurusan sumber manusia. Kami akan memberikan khidmat nasihat dan bimbingan yang berkaitan dengan keperluan perniagaan anda.

No comments:

Post a Comment