PENJENAMAAN SEMULA TALIAN PUSAT PANGGILAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa, kini para pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan kami dengan menggunakan talian bebas toll yang baharu iaitu 1-800-88-LHDN (5436). Melalui penjenamaan semula ini, talian Pusat Panggilan LHDNM yang lama iaitu 1-300-88-3010 ditamatkan perkhidmatannya serta-merta.
Talian baharu ini adalah dikhususkan untuk melayani sebarang pertanyaan am berkaitan cukai pendapatan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sahaja.
Manakala bagi sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pula, orang ramai boleh menghubungi Talian Khas yang disediakan iaitu 1-800-88 BR1M (1-800-88-2716) untuk bantuan mahupun penjelasan.
Sila layari laman web rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my untuk keterangan lanjut.
# # #
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh : Masrun bin Maslim
Pegawai Perhubungan Awam
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 2 November 2012
Nombor Telefon : 03-8313 8888 samb.:21326 / 21327
Nombor Faks : 03-8313 7834
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-800-88-LHDN (5436)
www.hasil.gov.my